Seorang teman bertanya; “Andainya engkau serba mampu, kenderaan macam manakah yang ingin kau miliki?”
Jawapannya amaka sukar. Pertama sekali kerana aku sendiri serba tak mampu. Kalau mampu pun, banyak perkara lain yang ingin aku buat.
Aku mahu mengembangkan perniagaan sebesar-besar yang boleh. Mengembangkan industri senilukis seluas-luas yang mungkin. Buat kebajikan sebanyak-banyak yang mampu. Dan beribadat dengan sebaik-baiknya.
Tetapi soalnya, sekiarnya mampu dan menurut citarasa, itu yang membuat kita pening kepala. Kerana kenderaan-kenderaan kini semuanya menarik perhatian aku, walaupun buruk, kecil dan mungkin orang lain tidak mahu.
Namun, dalam diam-diam aku ‘fikirkan’ juga pertanyaan teman itu. Mengiri-ngira dan menimbang-nimbang kenderaan yang bakal aku miliki dan nikmati. Banyak mana jumlahnya tidak terhad. Ini kerana aku dikatakan ‘mampu’.
Dalam bermenung-menung dan mencoreng-coreng itu, aku ambil keputusan begini. Andainya mampu; pertama, aku mahu miliki sebuah jet mewah. Ini untuk memudahkan aku terbang ke sana ke mari. Kedua, aku mahu sebuah helikopter. Ini pula untuk memudahkan aku pulang ke kampung dan menziarahi kawan senegeri. Lagi satu, sebuah bot mewah untuk membawa keluarga bercuti sambil menghirup udara laut.
Tetapi teman itu protes. Dia mahu aku pilih kereta motor saja. Aku termenung, lagi panjang. Terlalu banyak kereta motor yang aku minati. Boleh dikatakan semua yang bertayar dan berenjin aku minat.
Fikir punya fikir, aku terpaksa pilih juga. Andainya mampu, aku akan beli Lamborghini Diablo. Jangan tanya kerana apa, cuma pada pendapat aku ia lebih ganas dari Lamborghini Countach. Kedua, aku pilih Ferrari, tidak kira yang mana satu, asalkan Ferrari. Ini aku pilih kerana legendanya. Ketiga, aku pilih Porche 911 untuk eseng-eseng. Model ini cukup anggun dan menawan, walaupun sudah lama dikeluarkan.
Atau lain dari itu, aku pilih Honda NSX dan Nissan 300ZX Turbo. Molek sekali untuk berulang-alik ke tempat kerja. Kalau kategori limusin, aku pilih Mercedes 300SE dan Jaguar. Nampak gah untuk urusan perniagaan.
Untuk pulang ke kampung, aku pilih Toyota Estima. Cukup selesa untuk membawa anak-anak bercuti dan mengembara. Tidak ketinggalan juga sebuah kenderaan pacuan empat roda yang serba guna. Bahagian ini aku aku pilih Range Rover 4.6 SE.
Untuk kelas kereta padat, aku pilih Proton. Kalau tidak nanti dia orang kata tidak patriotik. Kalau kereta kecil, tentu saja Suzuki Swift. Ke bawah dari itu, aku kena tengok katalog kereta-kereta kecil terbaru dari Jepun.
Bagi motosikal pula, aku akan beli Ducati, BMW, Kawasaki ZZR11, Suzuki Intruder, Yamaha FZR dan Harley-Davidson Sportster. Itupun baru pilihan secara rambang. Kalau betul-betul mungkin banyak lagi. Sampaikan boleh buat bilik pameran sendiri. Malah mungkin juga muzium Zainal Buang! Hehehe…!
Share on Facebook





hahaha..kalau mampu nak semua tu?….pastu halaman kena besar ..nak letak semua tu…ya memang jadi gallery
Hahaha….itu la seandainya serba mampu. Lepas tu buka gallery….tu la angan2 Wak Punk. Tapi sekarang ada sebuah kereta cabuk pun dah hampir jadi guri perkasam…kekeke!
ha…ha..ha.. yg penting kita syukur apa yang ada…
Kalaupun hari ni cuacu terang benderang, tapi ingat jugalah besok bisa saja hujan besar serta gelap gulita. Jadi baiklah kita siapkan payung serta….sampan. Orchard Road saja bisa banjir konon pula tempat kita Becek Road. Hehehe.
sahabat sila singgah ke blog umi di umidishes..I have something for you.
Terima kasih Umi. Nanti saya buat satu posting berkait anugerah tu, ya!
Memang betul tu, Asmar. Kita sediakan payung sebulum hujan dan sediakan khemah bila banjir….nanti senang pasang khemah kat atas bukit. Kekeke.
Alhamdulillah Zadin, kita syukurlah apa yang dikurnia-Nya. Seandainya dikurnia kahwin 4…lagi syukur. Kekeke…!
Buat apa pula sampai 4 tu Pak Zainal Buang? Satu sahaja pun tak habis. Hahaha.
Kekeke….memang satu pun tak habis. Tapi ego lelaki masih nak 4 juga! Kekeke…!
salam pak zainal..26feb 2011 yg lepas,saya ada pergi ke galeri shah alam utk tengok karya2..namun, x banyak kartun kan?kebanyakannya lebih kepada aliran reaalisme dan abstrak. dan, saya ada asignmen yang memerlukan saya utk dapatkan biodata artis malaysia seperti pak zainal..jadi,mohon emel biodata encik seperti nama penuh, tarikh lahir, tempat2 yg pernah berkhidmat serta anugerah yg pernah dapat..dan satu lagi..siapakah ‘aini’?
Terima kasih sudi jenguk ke pameran saya tempoh hari. Maaf lambat jawab. Biaodata dan emel saya boleh didapati di facebook dan sila add saya di sana. Aini tu org umah saya…!