Cartoon's Illustration

Cartoon's Illustration


Anugerah Maya

Setiap kali nak buat posting kat blog banyak kali kena teneng-teneng dulu. Kadang tu bila kerap sangat teneng, berputar kepala dibuatnya.

Tapi tiba-tiba dapat anugerah maya, berputar ligat kepala jadinya. Mana tidaknya, baru aje belajar blogging, ada pembaca bagi anugerah kat blog dia. Hehehe…! Tak percaya kena percaya juga. Dari 10 orang, aku disenaraikan di tempat ketiga. Kira okay tu…!!

3) Zainal Buang Hussein
He has contributed so much for the progress of cartoonist in Malaysia. His sense of humour underlying his social criticsm has been his trade mark.

Maka sebagai komen aku di dalam blognya…..tak apalah, tak payah baca la! Cuma janji nak hadiahkan dia satu caricature wajahnya. Ni tengah teneng lagi macam mana nak lukis wajah dia tanpa gambar. Kekeke….!

Ni jawapan dia pulak komen aku di blog dia tu!

@Zainal Buang Hussein
Waalaikumussalam.Sdr selayaknya menerima award ini. Dan umi amat berbangga sekali dapat memberikannya…sesuatu yang tidak pernah umi terbayangkan.Tahniah.Saudara boleh selanjutnya memberikan kepada rakan blogger yang lain.Copy paste award ini ke blog saudara jika tidak keberatan :)

Wah amat beruntung sekali umi mendapat caricature dari saudara.Terima kasih yang tak terhingga.Umi harap sdr sudi add umi di facebook Umihoney Azizan.
Wasallam.

Jadi atas permintaan saudari Umi itu maka aku copy paste anugerah maya itu.

Sebagai penghargaan dari aku pulak sebelum siap caricature yang dijanjikan itu, di sini aku upload sebahagian daripada komik aku untuk sama-sama kita teneng-teneng dan gelak-ketawa sikit….!!!

Akhir kata, terima kasih saudari Umihoney. Saya terima award dari Umi itu.

Share on Facebook

Share

7 Responses to Anugerah Maya

  1. hahaha
    awesome :)

    Terima kasih daun keladi.

    Salam
    Umi

  2. Zainal Buang Hussein says:

    Sama2 Umi…., kalau boleh nak lagi kekeke…! Maaf, Wak gurau aje!

  3. Sebagai anak Malaysia yang membesar dengan majalah Gila-Gila sebagai bacaan utama, saya rasa amat berbesar hati dapat memberikan komen di blog ini. Masa kecil saya amat minat melukis kartun dan kartun ZBH adalah antara inspirasi utama. Hasil saya cuma utk tatapan family & kawan2 – yalah tak sehebat mana… malu nak tunjukkan pd org lain.
    Rasanya, ZBH deserve lebih byk lagi anugerah kerana inspirasi kepada young Malaysian. Tahniah.
    P/s: Kalau dapat selalu publish kartun terbaru selalu di blog ni kan syok. Pasti dapat mengimbau kenangan silam.

  4. Zainal Buang Hussein says:

    Kartunis otai mcm saya dah tak dipandang orang lagi. Tapi syukur masih ada anak muda yang lahir selepas Gila2 kenal saya. Saya terlibat dlm blogging dan fb ini adalah atas desakan dan galakan sdra RS. Dulu saya sifu dia. Sekarang dia jadi sifu saya. Kekeke…! Siapa sangka, ya!
    Apapun terima kasih sdra sudi kunjung blog yang tak seberapa ini. Selepas ini saya akan publish lebih banyak kartun2 terbaru berkait isu semasa. Mudah2an akan mengimbau kenangan silam itu….!

  5. wah kenangan betul la… tak sangka boleh bertemu penulis gila2 kat sini..

  6. Zainal Buang Hussein says:

    Terima kasih kerana sudi singgah kat sini. Tunggu….! Nanti ada benda gila2 akan dilelong kat internet.

  7. benda apa tuh, uncle? sy tungguuuu…..ehehehehe



©2012 Zainal Buang Hussein Entries (RSS) and Comments (RSS)  Raindrops Theme  
You are using the BNS Add Widget plugin! Thank You!