Cartoon's Illustration

Cartoon's Illustration


  • Category Archives kartun
  • Koleksi Komik Zainal Buang Hussein

    Tiga naskhah komik koleksi Zainal Buang Hussein, ‘Koleksi’, ‘Nostalgia’ dan ‘ Seleksi’ akan dilancarkan dalam masa terdekat. Komik-komik ini pernah dicetak dan dijual di pasaran 15 tahun lalu. Tetapi kali ini ketiga-tiga buah komik itu sudah diformat sebagai e-komik dan akan dijual di pasaran Internet pula.

    Ketiga-tiga buah komik ini mempunyai cerita-cerita tersendiri yang penuh nostalgia. Saya yakin anda tidak akan kecewa memilikinya. Setidak-tidaknya komik-komik ini boleh disimpan sebagai simpanan peribadi.

    Tunggu hari pelancarannya dan pastikan anda tidak ketinggalan untuk mendapatnya kerana komik-komik akan dijual dalam masa terhad.

    Harga jangan bimbang! Beli satu saya bagi dua percuma! Beli dua saya bagi satu percuma! Tetapi beli tiga, tiga kena bayar….hehehe!

    Share on Facebook

    Share

  • Jumpa Wak Punk

    Wak Punk

    Suatu malam tu…dalam terkedit-kedit merayau kat internet…dengan tak disangka terjumpa dengan Wak Punk. Apalagi, lantas aku ajak dia ikut balik.

    Wak Punk toleh kanan…toleh kiri…takut orang nampak, dia pun bergedik mengekori tuannya.

    Nasib juga jumpa balik Wak Punk original nie….sebenarnya dalam koleksi aku semua dah lenyap…semuanya dah bertabur…hilang lesap semuanya.

    Maka buat tatatpan peminat-peminat Wak Punk, aku upload ke blog ini sebagai tontonan semua.

    Share on Facebook

    Share

  • Anugerah Maya

    Setiap kali nak buat posting kat blog banyak kali kena teneng-teneng dulu. Kadang tu bila kerap sangat teneng, berputar kepala dibuatnya.

    Tapi tiba-tiba dapat anugerah maya, berputar ligat kepala jadinya. Mana tidaknya, baru aje belajar blogging, ada pembaca bagi anugerah kat blog dia. Hehehe…! Tak percaya kena percaya juga. Dari 10 orang, aku disenaraikan di tempat ketiga. Kira okay tu…!!

    3) Zainal Buang Hussein
    He has contributed so much for the progress of cartoonist in Malaysia. His sense of humour underlying his social criticsm has been his trade mark.

    Maka sebagai komen aku di dalam blognya…..tak apalah, tak payah baca la! Cuma janji nak hadiahkan dia satu caricature wajahnya. Ni tengah teneng lagi macam mana nak lukis wajah dia tanpa gambar. Kekeke….!

    Ni jawapan dia pulak komen aku di blog dia tu!

    @Zainal Buang Hussein
    Waalaikumussalam.Sdr selayaknya menerima award ini. Dan umi amat berbangga sekali dapat memberikannya…sesuatu yang tidak pernah umi terbayangkan.Tahniah.Saudara boleh selanjutnya memberikan kepada rakan blogger yang lain.Copy paste award ini ke blog saudara jika tidak keberatan :)

    Wah amat beruntung sekali umi mendapat caricature dari saudara.Terima kasih yang tak terhingga.Umi harap sdr sudi add umi di facebook Umihoney Azizan.
    Wasallam.

    Jadi atas permintaan saudari Umi itu maka aku copy paste anugerah maya itu.

    Sebagai penghargaan dari aku pulak sebelum siap caricature yang dijanjikan itu, di sini aku upload sebahagian daripada komik aku untuk sama-sama kita teneng-teneng dan gelak-ketawa sikit….!!!

    Akhir kata, terima kasih saudari Umihoney. Saya terima award dari Umi itu.

    Share on Facebook

    Share

  • Selamat Datang ke ZainalBuang.com

    Artikel dipetik dari Wikipedia

    Zainal Buang Hussein adalah diantara pelopor kumpulan CESB yang menerbitkan majalah Gila-Gila. Hasil karyanya boleh dilihat di dada majalah tersebut dan beliaulah yang banyak menghasilkan hiasan ilustrasi kulit majalah di awal pembabitan beliau dengan majalah itu.

    Beliau turut menghasilkan kartun KUTU untuk akhbar Utusan Malaysia secara bersiri, untuk beberapa tahun dan akhirnya menjadi kompilasi terbaik beliau. Selain daripada menjadi ilustrator dan kartunis, Zainal Buang Hussin turut aktif didalam PEKARTUN, sebagai Presidennya. Beliau juga telah menghasilkan beberapa buah novel kreatif.

    Share on Facebook

    Share



©2012 Zainal Buang Hussein Entries (RSS) and Comments (RSS)  Raindrops Theme  
You are using the BNS Add Widget plugin! Thank You!