Cartoon's Illustration

Cartoon's Illustration


  • Category Archives Ngomel
  • Panas Bara Esplanade

    Sketsa dilema penulis novel

    Karyawan memang sensitif. Tak kira sama ada penulis, pelukis…atau saja penglibatannya sebagai karyawan. Kalau pekartunis…lagi teruk sensitif.

    Sensitif karyawan ini bersabit karyanya diciplak atau dah lama buat tapi masih belum keluar lagi. Bila tak

    Aku pernah terbitkan sketsa ini pada tahun 1997.

    keluar…tak adalah hasil…sooru pun miss!

    Sekarang penulisnya sedang bergelut komplikasi jantung. Dalam usahanya mencari dana rawatannya, dia dah jadikan manuskrip ini sebagai e-novel dan mulai dijual kat blog beliau.

    Marilah kita sama-sama membantu beliau dengan membeli e-novel itu.

    Ceritanya jamin menarik sebab pada awal dulu aku sendiri edit manuskrip itu. Inilah satu-satu novel yang membawa pembaca menghayati perasaan sebenar ketika memandu kereta lumba di litar lumba.

    Nak tahu skandal dengan wanita….kena baca sendiri. Jadi…sebelum kehabisan….cepat beli!!

    Share on Facebook

    Share

  • Penghujung Jalan Otai

    Akhirnya…aku hampir sampai ke penghujung hidupku sebagai seorang karyawan. Segalanya semakin lemah dan perlahan. Lebih seronok menghitung saat dari hari. Bertasbih setiap kali kesakitan mencucuk di hati.

    Untuk mengangkat mata pena terasa lebih berat. Untuk melorek berus dan mencoret warna terasa amat malas. Penuh dengan tanda soal yang tidak terjawab. Walaupun sentiasa yakin setiap yang kita lakukan akan bermakna kealpaan melingkari mata dan telinga, sentiasa.

    Apalagi mengenang teman-teman seperjuangan yang sudah gugur bagaikan kelkatu. Sayapnya bertaburan di bumi, badannya entah ke mana membuatkan aku merenung lembayung senja penuh saksama. Menanti saat mati yang tidak kunjung tiba.

    Akhirnya…aku merakul usia 55 penuh keinsafan. Tiada apalagi yang dapat aku wariskan melainkan catatan dan goresan sebagai menyudah terhadap apa yang pernah aku mulakan suatu masa dahulu. Datang dengan tiada apa. Pulang juga tidak seberapa.

    Walau apapun kesudahannya, aku bersyukur kehidrat Illahi. Mengharungi hidup ini penuh kelazatan dan kenikmatan yang tidak terkira sebagai seniman picisan di negara bertuah. Tiada duanya di mana-mana.

    Andainya aku pergi dalam lingkaran waktu terdekat ini, aku redha. Allah telah memberikan segala-galanya yang berdetik dalam hati. Bagaikan diatur. Disusun begitu cantik dan rapi. Sudah tidak ada cacat-celanya lagi. Penuh keindahan dan kegemilangan nan tak terperi.

    Untuk sahabat handai, terima kasih tidak terkira. Siapalah saya tanpa anda semua. Andalah penyeri hidup saya membuatkan hidup ini lebih bermakna dan bahagia.

    Andainya aku pergi dulu, taburkanlah bunga mawar di pusara. Sebagai tanda pernah lahir di negara ini, seorang seniman seni, lahirnya tidak dipinta, perginya tidak disuruh. ALFATIHAH juga yang ku damba. Amin.

    Nota kaki:
    Selepas baca nota ini, tolong nyanyikan lagu “Mawar Merah” oleh Alleycar sekuat hati. He! He! He!

    Share on Facebook

    Share

  • Ngomel Pak Jenal


    Bapak-bapak menteri…kena potong gaji. Waaaaaaa, Bapak-bapak koprat gigit la jari. Saham jatuh, jatuh, jatuh terus jatuh. Harga barang menucang-nucang…

    Ke mana la orang macam aku nak lari?

    Taukey kedai buku mengeluh. Pengedar buku dan majalah turut berwajah keruh. Pencetak dan penerbit apa la lagi. Muka masam. Semua kerja tak menjadi. Aduhhhhh.

    Sana rugi, sini rugi. Sana jatuh. Sini berdentum. Apa la la sudah nak jadi?

    Kemanalah orang macam aku nak lari?

    Bapak-bapak di bank pun sudah bermuka teduh. Tidak ramah dan ceria seperti biasa. Waaaaaa.

    Sudah tentu susah mahu pinjam dari ceti. Gadai barang pun kita boleh rugi. Pinjam lintah darat, lagi la kita mati sebelum mati.

    Ke mana lagi kita mahu lari….!?

    Waaaaa. Tolong beli la lukisan kami. Tolong beli la lukisan kami. Tidak kira la untuk penghias tandas atau garaj. Boleh juga buat pelepas la sosak.

    Waaaa. Atau beli la buku lawak ini banyak-banyak. Boleh buat pelipur lara. Kalau tidak boleh ketawa, buat sengkang la mata.

    Percuma? Nangis. Aku mahu nangis. Betul-betul punya nangis. Biar keluar air mata satu baldi….

    Tetapi, ke mana kita mau lari….??

    Hadapi la. Tantang la. Biar pun kita telah dibunuh beribu kali.

    Apa mahu buat?

    Kita mahu hidup seribu tahun lagi! Ya!

    Apa mahu buat??

    ….Bulat-bulat. Kita sorong dia dapat. Dia sorong kita pula melarat. Waaaaa!

    Aku di sini, di sini dan tetap di sini…Aku sudah tidak boleh lari lagi!!

    Share on Facebook

    Share



©2012 Zainal Buang Hussein Entries (RSS) and Comments (RSS)  Raindrops Theme  
You are using the BNS Add Widget plugin! Thank You!