Cartoon's Illustration

Cartoon's Illustration


Kereta Idaman

Sape kata dia tak minat kereta ni memang dia tak mampu! Aku minat. Tapi aku pun tak mampu juga! Mampu lukis dah kira cukup baik la tu…!!! Hehehe…!

Jual satu painting seratus ribu…10 painting dah satu juta…bolehlah melaram dengan kereta idaman ni…!

Kalau sesiapa minat nak tempah, sila hubungi segera sebelum kehabisan stok! Painting ini lebih laris daripada goreng pisang panas! Cepat….cepat!!! Lelong….satu keping dua ratus ribu…hehehe!

Share on Facebook

Share

4 Responses to Kereta Idaman

  1. Salam perkenalan saudara Zainal..saya rasa sungguh tersanjung bila saudara sudi mengikuti blog saya di mybloglog. Saya sudah sedia kagum akan karya saudara di gila gila..siapa sangka ya kita bersahabat di blogersphere. Pasti hari hari mendatang saya akan lebih ceria. Terima kasih from the bottom of my heart for all the laughter and smiles that you and your team had given me through gila gila.Semoga terus berkarya.

  2. Zainal Buang Hussein says:

    Waalaikumusallam umihoney. Terima kasih dan saya sanjung tinggi atas minat anda pada karya-karya saya yang kadang-kala merapu lebih, hehehe. Semua itu sudah berlalu dlm lipatan sejarah. Sudah lebih 10 tahun saya tinggalkan team Gila2 dan hanya berkarya ala-kadar dari rumah aje. Namun atas desakan, panduan dan tunjuk-ajar dari seorang anak didik saya, maka munculnya saya di arena blogging ini dan turut mendaftar di mybloglog. Kalau sudi boleh add saya di facebook juga. Insya-Allah dengan sokongan daripada semua kawan2 blogger dan juga umihoney sendiri, perlahan-lahan saya akan gegarkan bloggersphere dengan kartun2 kemelayuan kita.

  3. Salam Zainal,
    Kereta yang saya ada dah mencukupi dan dah bayar cash dah, tak payah risau installment atau nak tukar kereta lain. Alhamdulillah.
    Saya suka juga kereta merah tu tapi….
    Kecik sangatlah, susah nak bawak painting yang besar besar lagi pun garaje tak cukup.
    Ni, site ni kan patutnya kelakar, ni… salah hemat ni jadi site Kereta idaman pulak. Jangan mara yr…

  4. Zainal Buang Hussein says:

    Waalaikumusalam Shukor, Ferrari aku pun tak risau installment juga…cuma risau nak isi minyak aje…hehehe!! Saja bagi suspend dulu…main teneng2 kereta dulu…pastu nanti mula la buat kelakar…kahkahkah…!!



©2012 Zainal Buang Hussein Entries (RSS) and Comments (RSS)  Raindrops Theme  
You are using the BNS Add Widget plugin! Thank You!