Zainal Buang Hussein

Cartoon's Illustration

Cartoon's Illustration


  • Panas Bara Esplanade

    Sketsa dilema penulis novel

    Karyawan memang sensitif. Tak kira sama ada penulis, pelukis…atau saja penglibatannya sebagai karyawan. Kalau pekartunis…lagi teruk sensitif.

    Sensitif karyawan ini bersabit karyanya diciplak atau dah lama buat tapi masih belum keluar lagi. Bila tak

    Aku pernah terbitkan sketsa ini pada tahun 1997.

    keluar…tak adalah hasil…sooru pun miss!

    Sekarang penulisnya sedang bergelut komplikasi jantung. Dalam usahanya mencari dana rawatannya, dia dah jadikan manuskrip ini sebagai e-novel dan mulai dijual kat blog beliau.

    Marilah kita sama-sama membantu beliau dengan membeli e-novel itu.

    Ceritanya jamin menarik sebab pada awal dulu aku sendiri edit manuskrip itu. Inilah satu-satu novel yang membawa pembaca menghayati perasaan sebenar ketika memandu kereta lumba di litar lumba.

    Nak tahu skandal dengan wanita….kena baca sendiri. Jadi…sebelum kehabisan….cepat beli!!

    Share on Facebook

    Share

  • Pameran Solo Zainal Buang Hussein

    Di atas inisiatif dan tajaan pihak Galeri Shah Alam, buat pertama kali Pameran Solo Zainal Buang Hussein telah berjaya dirasmikan oleh YB Datuk Mohd Nor Khalid (Datuk Lat) pada 17hb February 2011.

    Pameran ini akan memaparkan koleksi lukisan, kartun, caricature dan semua hasil seni yang ada dalam simpanan saya sejak dari awal hingga kini penglibatan saya sebagai anak seni akan berakhir pada 10hb Mac 2011.

    Terima kasih saya kepada pihak Galeri Shah Alam yang menghargai kerja seni saya dan terima kasih saya juga kepada semua rakan-rakan yang datang memeriahkan pelancaran pameran tersebut.

    Share on Facebook

    Share

  • Blog Dah Naik Cendawan

    Pagi-pagi lagi kawan dah buat lawak bagitahu blog saya dah naik cendawan. Bukan main beriya-iya lagi dia. Bukan takat cendawan aje yang dah tumbuh….bahkan dah berkulat..dah naik berlumut, katanya.

    Bila dah kena tergur gitu….terpaksalah jenguk juga kat sini. Kutip mana-mana cendawan yang boleh makan dan bersihkan lumut-lumut yang dah mula bertempek…hehehe! Kejap lagi nak masak sup cendawan lak! Sapa teringin nak rasa….cubalah tinjau-tinjau warung kat rumah tu….kalau ada jual kat situ….makan aje…! Cendawan yang saya kutip ni tak cukup nak kongsi…!!!

    Bebenornya bukan tak nak tulis kat blog ni…cuma kekok sikit bila petik dengan hujung jari. Bimbang juga kot-kot hujung jari ni jadi bengkak….dah tak boleh melukis pulak!! Kalau boleh menulis dengan pen…hari-hari nak nulis kat blog nie!

    Sejak badan dah beransur sihat nie…nanti bolehlah mula kerap menulis. Terima kasih pada kawan-kawan yang hantar ucapan selamat jadi dalam facebook tempoh hari. Maaf tak sempat nak jawab. Masa tu badan tua nie dah terasa sakit-sakit sendi…nafas pun dah mula naik sesak…kalau itu takdirnya….memang dah bersedia.

    Ajal maut Dia yang menentukan! Kita sebagai umat yang kerdil hanya terima aje…! Tapi bila umur dipanjangkan…terpaksa juga soru…nantikan jatuh sakit. Kos nak soru pun dah naik mendadak. Lukisan tak juga laku! Ada yang tempah lukis pun liat nak bayar!

    Ingat hati tu nak cuba jual komik-komik lama kat internet nie! Manalah tau sape-sape berhajat nak simpan buat kenangan…bolehlah beli. Kot nanti bila saya dah tak ada…dengar kata mezium nak ambil!

    Jadi sebelum mezium ambil…baiklah saudara-saudari beli. Boleh juga bantu kartunis tua nie sambung hidup. Boleh hasilkan lagi karya-karya baru…itu nanti mezium boleh ambil! Tapi kalau ada sape-sape nak beli… tolong bayar lebih sikit. Bolehlah nanti saya buat amal jariah kat rumah anak-anak yatim…atau kat rumah orang tua!

    Sama-samalah kita bantu mambantu sebelum…..!!!

    Share on Facebook

    Share

  • Penghujung Jalan Otai

    Akhirnya…aku hampir sampai ke penghujung hidupku sebagai seorang karyawan. Segalanya semakin lemah dan perlahan. Lebih seronok menghitung saat dari hari. Bertasbih setiap kali kesakitan mencucuk di hati.

    Untuk mengangkat mata pena terasa lebih berat. Untuk melorek berus dan mencoret warna terasa amat malas. Penuh dengan tanda soal yang tidak terjawab. Walaupun sentiasa yakin setiap yang kita lakukan akan bermakna kealpaan melingkari mata dan telinga, sentiasa.

    Apalagi mengenang teman-teman seperjuangan yang sudah gugur bagaikan kelkatu. Sayapnya bertaburan di bumi, badannya entah ke mana membuatkan aku merenung lembayung senja penuh saksama. Menanti saat mati yang tidak kunjung tiba.

    Akhirnya…aku merakul usia 55 penuh keinsafan. Tiada apalagi yang dapat aku wariskan melainkan catatan dan goresan sebagai menyudah terhadap apa yang pernah aku mulakan suatu masa dahulu. Datang dengan tiada apa. Pulang juga tidak seberapa.

    Walau apapun kesudahannya, aku bersyukur kehidrat Illahi. Mengharungi hidup ini penuh kelazatan dan kenikmatan yang tidak terkira sebagai seniman picisan di negara bertuah. Tiada duanya di mana-mana.

    Andainya aku pergi dalam lingkaran waktu terdekat ini, aku redha. Allah telah memberikan segala-galanya yang berdetik dalam hati. Bagaikan diatur. Disusun begitu cantik dan rapi. Sudah tidak ada cacat-celanya lagi. Penuh keindahan dan kegemilangan nan tak terperi.

    Untuk sahabat handai, terima kasih tidak terkira. Siapalah saya tanpa anda semua. Andalah penyeri hidup saya membuatkan hidup ini lebih bermakna dan bahagia.

    Andainya aku pergi dulu, taburkanlah bunga mawar di pusara. Sebagai tanda pernah lahir di negara ini, seorang seniman seni, lahirnya tidak dipinta, perginya tidak disuruh. ALFATIHAH juga yang ku damba. Amin.

    Nota kaki:
    Selepas baca nota ini, tolong nyanyikan lagu “Mawar Merah” oleh Alleycar sekuat hati. He! He! He!

    Share on Facebook

    Share



©2012 Zainal Buang Hussein Entries (RSS) and Comments (RSS)  Raindrops Theme  
You are using the BNS Add Widget plugin! Thank You!