Cartoon's Illustration

Cartoon's Illustration


Penghujung Jalan Otai

Akhirnya…aku hampir sampai ke penghujung hidupku sebagai seorang karyawan. Segalanya semakin lemah dan perlahan. Lebih seronok menghitung saat dari hari. Bertasbih setiap kali kesakitan mencucuk di hati.

Untuk mengangkat mata pena terasa lebih berat. Untuk melorek berus dan mencoret warna terasa amat malas. Penuh dengan tanda soal yang tidak terjawab. Walaupun sentiasa yakin setiap yang kita lakukan akan bermakna kealpaan melingkari mata dan telinga, sentiasa.

Apalagi mengenang teman-teman seperjuangan yang sudah gugur bagaikan kelkatu. Sayapnya bertaburan di bumi, badannya entah ke mana membuatkan aku merenung lembayung senja penuh saksama. Menanti saat mati yang tidak kunjung tiba.

Akhirnya…aku merakul usia 55 penuh keinsafan. Tiada apalagi yang dapat aku wariskan melainkan catatan dan goresan sebagai menyudah terhadap apa yang pernah aku mulakan suatu masa dahulu. Datang dengan tiada apa. Pulang juga tidak seberapa.

Walau apapun kesudahannya, aku bersyukur kehidrat Illahi. Mengharungi hidup ini penuh kelazatan dan kenikmatan yang tidak terkira sebagai seniman picisan di negara bertuah. Tiada duanya di mana-mana.

Andainya aku pergi dalam lingkaran waktu terdekat ini, aku redha. Allah telah memberikan segala-galanya yang berdetik dalam hati. Bagaikan diatur. Disusun begitu cantik dan rapi. Sudah tidak ada cacat-celanya lagi. Penuh keindahan dan kegemilangan nan tak terperi.

Untuk sahabat handai, terima kasih tidak terkira. Siapalah saya tanpa anda semua. Andalah penyeri hidup saya membuatkan hidup ini lebih bermakna dan bahagia.

Andainya aku pergi dulu, taburkanlah bunga mawar di pusara. Sebagai tanda pernah lahir di negara ini, seorang seniman seni, lahirnya tidak dipinta, perginya tidak disuruh. ALFATIHAH juga yang ku damba. Amin.

Nota kaki:
Selepas baca nota ini, tolong nyanyikan lagu “Mawar Merah” oleh Alleycar sekuat hati. He! He! He!

Share on Facebook

Share

13 Responses to Penghujung Jalan Otai

  1. Salam sejahtera sahabat,
    Nak nyanyi tak pandai..pitching kelaut :)
    Umi doakan kesejahteraan buat sahabat sekeluarga. You have achieved much in your lifetime.Important thing is you have made a difference and contributed to the good of society.
    Semoga saudara di berkati dan dilindungi Allah.Amin.
    Selamat menyambut Ramadhan Al Mubarak.Take care of yourself ya,

  2. Zainal Buang Hussein says:

    Waalaikumusalam umihoney.

    Terima kasih atas doa dan kata2 semangat anda. Insya-Allah atas sisa-sisa kudrat yang ada, saya cuba juga berkarya.
    Selamat menyambut Ramadhan Al Mubarak juga buat umi sekeluarga.

  3. Uncle Zainal mengingatkan saya ketika masih kecil dulu kerana saya adalah peminat majalah GILA GILA no 1 tak sangka Uncle Zainal masih aktif berkarya bagi selagi tuhan kurniakan anugerah dan kudrat apasalahnya Uncle Zainal terus berkarya

  4. Zainal Buang Hussein says:

    Waalaikumusalam, akubiomed. Terima kasih sudi kunjung anjung uncle ini. Bolehlah setakat berkarya sikit2 dlm internet nie….

  5. salam,
    terima kasih sudi singgah di blog saya, karya seni uncle zainal sememangnya teramat istimewa dan menjadi pujaan serta motivasi utk saya minat melukis (walaupun setakat cukup syarat aje jadinya hehe), karya yg sukar di cari ganti. Semoga uncle terus diberi kekuatan dan semangat untuk berkarya.

  6. Pingback: Terima Kasih Pak Zainal Buang Hussein | Ideas.Think.Share

  7. Selamat petang uncle..ni org baru berkunjung ke blog uncle..so proud bila jumpa kartunis yg kita hnya tengok nama sja dulu dlam komik.. :-)

  8. teruskan perjuangan uncle :-) dulu masa kecik-kecik memang suka baca karton gila2… :-)

  9. zainal buang says:

    Terima kasih sdra etomyam. maaf lambat jawab, lama tak jenguk blog sendiri. ni pun dah mula sibuk pameran solo kat galeri shah alam minggu depan.

  10. zainal buang says:

    Gitulah dah tua nie….bila Dia nak jemput kita tak menentu.

  11. zainal buang says:

    Terima kasih kunjung blog uncle yg tak seberapa nie…!

  12. zainal buang says:

    Terima kasih sdra zik.

  13. sayu jer biler baca catatan uncle neh…tp itu dah memang lumrah alam dan janji kita pd Pencipta Yang Maha Agung kan? Tabahlah hati bila menghadapi nanti….:-((



©2012 Zainal Buang Hussein Entries (RSS) and Comments (RSS)  Raindrops Theme  
You are using the BNS Add Widget plugin! Thank You!